Sejahtera ke atas anda saudara, saya berpendapat kecerdasan emosi dan sosial lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial .manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.
Kedua-dua hal ini sangat mempengaruhi kualiti kerja seseorang. Tetapi jika dibandingkan antara satu sama yang lain, kecerdasan sosial dan emosi lebih penting berbanding dengan kecerdasan intelektual sahaja.
Kecerdasan sosial dan emosi mempengaruhi daya kualiti kerja seseorang secara langsung. Kemahiran insaniah yang mereka miliki adalah seperti praktikal yang mereka lakukan sendiri dan mereka sudah pernah merasakan suasana kerja tersebut secara tidak langsung dan seterusnya mudah bagi mereka untuk mengaplikasikan pengalaman mereka ketika mereka melakukan kerja.
Dari segi kecerdasan intelektual pula, mereka hanya mengetahui secara teori apa yang mereka harus lakukan tetapi masih tidak mempunyai pengalaman dalam apa yang mereka pelajari. Hal ini membuatkan mereka tidak biasa dengan suasana kerja walaupun mereka mempunyai pengetahuan yang banyak.
Kesimpulannya, Kedua-dua kemahioran ini haruslah digabungkan bersama untuk menjaga kualiti kerja yang baik. Namun demikian, kemahiran dari segi sosial dan emosi merupakan kemahiran yang lebih penting daripada kemahiran entelektual.
Menurut perbincangan kali ini, kamu menyatakan kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek apabila melibatkan dunia pekerjaan. Saya berasa kurang pasti dengan pernyataan ini. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kecerdasan intelek amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang itu terutama ketika individu itu sudah bekerja. Dalam masyarakat hari ini, ramai yang memandang kecerdasan intelek sebagai faktor yang utama dalam menentukan tingginya darjat seseorang itu dan akan dipandang tinggi oleh kawan-kawan mereka kerana memiliki otak yang lebih cerdik. Memiliki otak yang bergeliga bukanlah mudah kerana ia memerlukan individu itu untuk berusaha keras menimba ilmu dan kesannya beliau berupaya untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam dunia pekerjaan seperti doktor dan peguam. Selain itu, orang yang mempunyai otak yang cerdas juga dapat membantu mereka untuk mudah mendapat kepercayaan orang di sekitar mereka. Tambahan pula, orang yang cerdik juga lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbanding daripada mereka yang hanya memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Oleh itu, saya dengan yakinnya berpendapat bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan mutakhir ini berbanding daripada mereka yang memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja.
Kajian menunjukkan bahawa manusia seolah-olah mempunyai dua otak, otak intelek dan otak emosi, dan kedua-duanya membangun serentak dan hampir 85% dari pembangunan otak bergantung kepada pembangunan emosi, dan 15% sahaja kepada pembangunan intelek. Dengan itu 85% dari hidup manusia dipengaruhi oleh perasaan atau emosinya. Ini bermakna 85% dari cara hidup, amalan, tingkah laku dan kemampuannya untuk belajar dan minat belajar adalah berdasarkan perasaan dan emosinya. Kecerdasan intelek merupakan potensi yang diwarisi daripada keturunan dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Setiap individu mempunyai kecerdasan intelek tertentu dan tidak berubah. Kecerdasan intelek boleh ditukar berdasarkan kepada darjah kecerdasan(Intelligient Quotiant: IQ). Selain itu, kecerdasan intelek adalah tetap dan tidak boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kecerdasan intelek adalah sesuai digunakan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran, menyelesaikan masalah, menilai dan mencipta. Kecerdasan intelek berkait rapat dengan kemahiran berfikir. Manakala, kecerdasan emosi adalah diwarisi daripada keturunan dan dipengaruhi oleh budaya seseorang itu. Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh berubah dan boleh dinilai berdasarkan inventori kompetensi kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi bukan statik dan boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial. Kecerdasan emosi berkait rapat dengan berempati.
Saya dapat mempelajari bahawa kecerdasan emosi memainkan peranan yang amat penting kepada diri seseorang. Kita perlu mengurus emosi kita dengan bijaksana. Setelah mengetahui kecerdasan emosi dengan lebih mendalam, saya sedar akan pentingnya mengurus emosi dengan cara yang betul. Saya juga perlu mengimbangi kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual. Tetapi antara ketiganya, kecerdasan spiritual memberi kesan yang amat besar kepada diri seseorang.
Terima kasih atas perkongsian anda saudara Azrin. Kita dapati sememangnya kecerdasan emosi amatlah penting dalam bidang pekerjaan masa kini. Rakyat Malaysia umumnya, sangat memrlukan pengawalan emosi dan penguasaan emosi dalam diri bagi membantu mereka mengekalkan kelangsungan mereka dalam sektor pekerjaan selain daripada terus mengasah kemahiran intelektual mereka untuk terus maju dalam bidang kerjaya masing-masing. Di sini ingin saya berikan pandangan saya atas pertanyaan soalan saudara, sememangnya rakyat Malaysia kurang sedar akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam diri membantu mereka dalam bidang pekerjaan. Masyarakat hanya menitikberatkan penguasaan kecerdasan intelektual dalam diri mereka, kerana mereka berpendapat kemahiran intelektual yang membantu mereka terus kekal berjaya dalam kerjaya. Persepsi mereka yang memandang mudah terhadap penguasaan kecerdasan emosi dapat kita lihat pada masa kini dengan penularan stress di tempat kerja. Kawalan emosi yang tidak berkesan adalah punca permasalahan ini berlaku. Individu yang menguasai kemahiran kecerdasan emosi akan bijak menangani masalah perasaan, dan ianya akan membantu mereka menjadi pekerja yang mempunyai emosi yang stabil dan jauh dari gejala stress. Dan sememangnya, pandangan saya berpendapat bahawa masyarakat di Malaysia masih belum menyedari akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam sektor pekerjaan buat diri mereka. Sebarang penambahan maklumat serta pandangan saudara amatlah saya dan para pembaca alu-alukan di sini. Terima kasih.
Kepada saudara Ronaldo, saya juga ingin mengupas lagi isu ini. Di sini saya akan memberi pandangan saya sendiri berserta jawapan kepada persoalan yang telah saudara kemukakan. Sememangnya dalam entri saya di atas telah saya tekankan kepentingan kecerdasan emosi dan sosial dalam bidang pekerjaan pada masa kini. Untuk persoalan saudara mengenai tahap kepekaan pemilik-pemilik syarikat terhadap hal ini, dapat kita perhatikan bahawa ianya sememangnya mendapat perhatian daripada mereka, terutama dalam bahagian pemilihan dan pengrekrutan pekerja untuk berkhidmat di dalam syarikat mereka. Pemilik-pemilik syarikat ini sendiri sedar bahawa mereka memerlukan pekerja yang berkualiti bukan sahaja dari segi inteleknya, namun dari segi pengawalan emosi dan tahap kemahiran sosial pekerjanya berinteraksi antara rakan sekerja, syarikat dan masyarakat lain di sekelilingnya. Juster itu, banyak inisiatif telah diambil oleh pihak syarikat dengan memberi penghargaan kepada para pekerja seperti memberi bonus tahunan, pakej percutian dan kenaikan pangkat. Inisiatif tersebut ini mampu membantu mengawal emosi dalaman pekerja di bawah seliaannya, dan membuat para pekerja rasa dihargai oleh pihak majikan. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa kepentingan kecerdasan emosi dan sosial dalam kalangan pekerja amat dititikberatkan oleh majikan dalam sektor pekerjaan selain melihat kepentingan kecerdasan intelek dalam diri para pekerjanya. Terima kasih.
Wahh! perkongsian yang menarik dari kalian di forum ini untuk dibahas. Pandangan dan maklumat dari rakan pembaca yang lain juga diharap dapat hadir di ruangan komen forum ini bersama-sama kita. Terima kasih saya ucapkan buat kalian semua!
Sejahtera ke atas anda saudara, saya berpendapat kecerdasan emosi dan sosial lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya (IQ), kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan, malahan lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial .manakala selebihnya 20 peratus adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual (IQ), kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecedasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal, berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial, ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, dikembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu, sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek (IQ) tidak berupaya membentuk akhlak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan, keadaan ini membolehkannya mudah mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.
ReplyDeleteKedua-dua hal ini sangat mempengaruhi kualiti kerja seseorang. Tetapi jika dibandingkan antara satu sama yang lain, kecerdasan sosial dan emosi lebih penting berbanding dengan kecerdasan intelektual sahaja.
DeleteKecerdasan sosial dan emosi mempengaruhi daya kualiti kerja seseorang secara langsung. Kemahiran insaniah yang mereka miliki adalah seperti praktikal yang mereka lakukan sendiri dan mereka sudah pernah merasakan suasana kerja tersebut secara tidak langsung dan seterusnya mudah bagi mereka untuk mengaplikasikan pengalaman mereka ketika mereka melakukan kerja.
Dari segi kecerdasan intelektual pula, mereka hanya mengetahui secara teori apa yang mereka harus lakukan tetapi masih tidak mempunyai pengalaman dalam apa yang mereka pelajari. Hal ini membuatkan mereka tidak biasa dengan suasana kerja walaupun mereka mempunyai pengetahuan yang banyak.
Kesimpulannya, Kedua-dua kemahioran ini haruslah digabungkan bersama untuk menjaga kualiti kerja yang baik. Namun demikian, kemahiran dari segi sosial dan emosi merupakan kemahiran yang lebih penting daripada kemahiran entelektual.
Menurut perbincangan kali ini, kamu menyatakan kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek apabila melibatkan dunia pekerjaan. Saya berasa kurang pasti dengan pernyataan ini. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kecerdasan intelek amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang itu terutama ketika individu itu sudah bekerja. Dalam masyarakat hari ini, ramai yang memandang kecerdasan intelek sebagai faktor yang utama dalam menentukan tingginya darjat seseorang itu dan akan dipandang tinggi oleh kawan-kawan mereka kerana memiliki otak yang lebih cerdik. Memiliki otak yang bergeliga bukanlah mudah kerana ia memerlukan individu itu untuk berusaha keras menimba ilmu dan kesannya beliau berupaya untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam dunia pekerjaan seperti doktor dan peguam. Selain itu, orang yang mempunyai otak yang cerdas juga dapat membantu mereka untuk mudah mendapat kepercayaan orang di sekitar mereka. Tambahan pula, orang yang cerdik juga lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbanding daripada mereka yang hanya memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Oleh itu, saya dengan yakinnya berpendapat bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan mutakhir ini berbanding daripada mereka yang memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja.
DeleteKajian menunjukkan bahawa manusia seolah-olah mempunyai dua otak, otak intelek dan otak emosi, dan kedua-duanya membangun serentak dan hampir 85% dari pembangunan otak bergantung kepada pembangunan emosi, dan 15% sahaja kepada pembangunan intelek. Dengan itu 85% dari hidup manusia dipengaruhi oleh perasaan atau emosinya. Ini bermakna 85% dari cara hidup, amalan, tingkah laku dan kemampuannya untuk belajar dan minat belajar adalah berdasarkan perasaan dan emosinya. Kecerdasan intelek merupakan potensi yang diwarisi daripada keturunan dan tidak dipengaruhi oleh persekitaran. Setiap individu mempunyai kecerdasan intelek tertentu dan tidak berubah. Kecerdasan intelek boleh ditukar berdasarkan kepada darjah kecerdasan(Intelligient Quotiant: IQ). Selain itu, kecerdasan intelek adalah tetap dan tidak boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kecerdasan intelek adalah sesuai digunakan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran, menyelesaikan masalah, menilai dan mencipta. Kecerdasan intelek berkait rapat dengan kemahiran berfikir.
DeleteManakala, kecerdasan emosi adalah diwarisi daripada keturunan dan dipengaruhi oleh budaya seseorang itu. Setiap individu mempunyai kecerdasan emosi yang boleh berubah dan boleh dinilai berdasarkan inventori kompetensi kecerdasan emosi. Kecerdasan emosi bukan statik dan boleh ditingkatkan melalui pembelajaran. Kecerdasan emosi sesuai digunakan untuk menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal termasuk kemahiran sosial. Kecerdasan emosi berkait rapat dengan berempati.
Saya dapat mempelajari bahawa kecerdasan emosi memainkan peranan yang amat penting kepada diri seseorang. Kita perlu mengurus emosi kita dengan bijaksana. Setelah mengetahui kecerdasan emosi dengan lebih mendalam, saya sedar akan pentingnya mengurus emosi dengan cara yang betul. Saya juga perlu mengimbangi kecerdasan emosi, kecerdasan intelek dan kecerdasan spiritual. Tetapi antara ketiganya, kecerdasan spiritual memberi kesan yang amat besar kepada diri seseorang.
Terima kasih atas perkongsian anda saudara Azrin. Kita dapati sememangnya kecerdasan emosi amatlah penting dalam bidang pekerjaan masa kini. Rakyat Malaysia umumnya, sangat memrlukan pengawalan emosi dan penguasaan emosi dalam diri bagi membantu mereka mengekalkan kelangsungan mereka dalam sektor pekerjaan selain daripada terus mengasah kemahiran intelektual mereka untuk terus maju dalam bidang kerjaya masing-masing. Di sini ingin saya berikan pandangan saya atas pertanyaan soalan saudara, sememangnya rakyat Malaysia kurang sedar akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam diri membantu mereka dalam bidang pekerjaan. Masyarakat hanya menitikberatkan penguasaan kecerdasan intelektual dalam diri mereka, kerana mereka berpendapat kemahiran intelektual yang membantu mereka terus kekal berjaya dalam kerjaya. Persepsi mereka yang memandang mudah terhadap penguasaan kecerdasan emosi dapat kita lihat pada masa kini dengan penularan stress di tempat kerja. Kawalan emosi yang tidak berkesan adalah punca permasalahan ini berlaku. Individu yang menguasai kemahiran kecerdasan emosi akan bijak menangani masalah perasaan, dan ianya akan membantu mereka menjadi pekerja yang mempunyai emosi yang stabil dan jauh dari gejala stress. Dan sememangnya, pandangan saya berpendapat bahawa masyarakat di Malaysia masih belum menyedari akan kepentingan penguasaan kecerdasan emosi dalam sektor pekerjaan buat diri mereka. Sebarang penambahan maklumat serta pandangan saudara amatlah saya dan para pembaca alu-alukan di sini. Terima kasih.
ReplyDeleteKepada saudara Ronaldo, saya juga ingin mengupas lagi isu ini. Di sini saya akan memberi pandangan saya sendiri berserta jawapan kepada persoalan yang telah saudara kemukakan. Sememangnya dalam entri saya di atas telah saya tekankan kepentingan kecerdasan emosi dan sosial dalam bidang pekerjaan pada masa kini. Untuk persoalan saudara mengenai tahap kepekaan pemilik-pemilik syarikat terhadap hal ini, dapat kita perhatikan bahawa ianya sememangnya mendapat perhatian daripada mereka, terutama dalam bahagian pemilihan dan pengrekrutan pekerja untuk berkhidmat di dalam syarikat mereka. Pemilik-pemilik syarikat ini sendiri sedar bahawa mereka memerlukan pekerja yang berkualiti bukan sahaja dari segi inteleknya, namun dari segi pengawalan emosi dan tahap kemahiran sosial pekerjanya berinteraksi antara rakan sekerja, syarikat dan masyarakat lain di sekelilingnya. Juster itu, banyak inisiatif telah diambil oleh pihak syarikat dengan memberi penghargaan kepada para pekerja seperti memberi bonus tahunan, pakej percutian dan kenaikan pangkat. Inisiatif tersebut ini mampu membantu mengawal emosi dalaman pekerja di bawah seliaannya, dan membuat para pekerja rasa dihargai oleh pihak majikan. Oleh itu, dapat kita lihat bahawa kepentingan kecerdasan emosi dan sosial dalam kalangan pekerja amat dititikberatkan oleh majikan dalam sektor pekerjaan selain melihat kepentingan kecerdasan intelek dalam diri para pekerjanya. Terima kasih.
ReplyDeleteWahh! perkongsian yang menarik dari kalian di forum ini untuk dibahas. Pandangan dan maklumat dari rakan pembaca yang lain juga diharap dapat hadir di ruangan komen forum ini bersama-sama kita. Terima kasih saya ucapkan buat kalian semua!
ReplyDelete