Tuesday, 20 October 2015

Forum 2


Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa ?

6 comments:

  1. Salam sejahtera saudara Philip, ini pandangan saya,
    hubungan anak dan bapa merupakan hubungan yang sangat penting. Hal ini demikian kerana pendidikan kanak-kanak haruslah bermula daripada keluarga sendiri terutamanya ketua keluarga iaitu bapa. Bapa sangat memainkan peranan yang besar dalam mendidik, memberi kasih sayang, mencukupi kebajikan, dan melindungi anak-anak mereka.

    Antara masalah yg akan timbul sekiranya anak tidak rapat dengan dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dan bapa akan menyebabkan anak tudak dapat mendapat pendedahan awal dalam pengurusan diri da menyelesaikan masalah.

    Selain itu, hubungan yang regang antara anak dan bapa juga menyebabkan anak kurang mendapatkan kasih sayang. Keadaan ini membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada bapa mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yg lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa serta tertekan dengan keadaan yang mereka hadapi.

    Seterusnya, hubungan yang reganag antara bapa da anak juga membuatkan kebajikan anak tidak dijaga dengan baik. Memahami keprluan anak dari segi keperluan harian seperti buku untuk belajar, mahupun permainan untuk memenuhi masa lapang mereka, atau menjaga makan minum serta kesihatan mereka sangat penting. Tanpa hubungan antara bapa dan anak yang baik, kebajikan kanak-kanak tidak dapat dipenuhi dengan baik.

    Seterusnya ialah keselamatan kanak-kanak akan terjejas. Hubungan anak dan bapa yang tidak baik akan mengurangkan komunikasi antara bapa dan anak. Hal ini akan membuatkan bapa tidak peduli dengan keselematan anak mereka dan menyebabkan anak terdedah dengan masalah keselamatan termasuklah masalah kesiharan sehinggalah kes ciulik anak. Oleh itu, bapa harus memainkan peranan yang penting untuk menjaga keselamatan mereka.

    Kesimpulannya. Hubungan bapa dan anak yang rengang akan dapat menimbilkan masalah yang banyak terhadap keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula berpendapat, hubungan perapatan adalah satu hubungan kasih sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat dalam hidup seseorang.Perapatan juga berfungsi untuk memberi rasa selamat , selesa dan seronok kepada seseorang. Ianya telah terjalin sejak lahir lagi iaitu semasa bayi berada dalam kandungan seorang ibu. Menurut (Pipp & Haromon, 1987) , perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan. Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk adalah di antara bayi dengan penjaganya. Manakala menurut (Erikson,1986), tahun pertama merupakan jangka masa yang penting membentuk ikatan atau bond atau perapatan antara bayi dan penjaganya. Beliau juga menekankan bahawa kekuatan ikatan ini ditentukan oleh respons yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada bayi. Pada pandangan saya, hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki adalah lebih terbuka dari segi interaksi dan pergaulannya. Hal ini berkemungkinan kerana kesamaan jantina antara sang ayah dan anak lelakinya yang membuatkan hubungan perapatan antara bapa dan anak lelaki lebih terbuka. Berbeza pula dengan hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan. Anak perempuan akan lebih gemar bercerita, dan berkongsi masalah dengan ibu. Namun begitu, hubungan perapatan antara bapa dan anak perempuan boleh dipupuk dengan lebih baik jika bapa bijak dalam mencungkil apa yang tersirat dalam diri anak perempuannya. Diharap pandangan yang saya berikan ini dapat memberikan input yang baik kepada persoalan saudara serta boleh ditambah lagi dengan hujah dan pandangan daripada para pembaca sekalian. Terima kasih.

      Delete
    2. Saya amat berminat dengan topik yang kamu bincangkan pada kali ini, iaitu mengenai hubungan perapatan anak dan ayah serta masalah-masalah yang mungkin akan timbul akibat jurangnya hubungan antara anak dan ayah sejak akhir-akhir ini. Dalam sesebuah keluarga, ayah merupakan seorang ketua dan bertanggungjawab untuk mencari nafkah bagi menanggung segala keperluan rumah tangga mereka. Namun, terdapat segelintir ayah yang terlalu sibuk mencari rezeki sehingga jarang sekali meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak mereka. Justeru, hal ini akan memberi kesan terhadap hubungan perapatan antara anak dan ayah di dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebagai seorang ayah, seharusnya mereka pandai dalam mencari masa seharian mereka untuk meluangkan masa bersama keluarga iaitu terutamanya terhadap anak-anak mereka yang masih kecil. Hal ini kerana terdapat banyak kebaikan yang boleh dilihat jika anak-anak kecil mempunyai hubungan yang rapat terutama terhadap ayah mereka. Dalam sebuah kajian yang dilakukan University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dijelaskan bahawa anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya. Malahan, mereka juga memiliki kemampuan berbahasa dan kognitif yang lebih baik. Kajian lain juga mendapati anak yang dididik dengan sempurna oleh ayah mempunyai kurang masalah di sekolah dan apabila meningkat dewasa kelak. Maka, di sini kita dapat lihat hubungan mesra antara anak dan ayah amatlah penting untuk membentuk personaliti, kendiri dan emosi kanak-kanak ini. Kita juga dapat menyatakan mungkin terdapat segelintir kanak-kanak di luar sana yang bermasalah akibat renggangnya hubungan perapatan antara mereka dengan ayah mereka di rumah.

      Delete
    3. Salah satu medium dalam perapatan adalah komunikasi, kanak-kanak perlu berkomunikasi dan kita membimbing mereka cara berkomunikasi dengan bahasa yang betul. Kalau kita lihat mereka berbual sesama sendiri dengan bahasa mereka, mereka faham kita yang yang tak faham.

      Delete
    4. Kepada saudara Ronaldo, terima kasih atas pandangan anda. saya amat tertarik dengan entry kamu kongsikan . salah satu kajian yang penting dalam psikologi perkembangan kanak kanak ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi kanak kanak.. Secara umumnya, perapatan adalah satu ikatan yang sangat istemewa di antara dua insan. yang biasanya ditemui dalam hubungan dianatara anak,ibu bapa atau penjaga atau dia ntara individu dengan rakan taulan . pada pendapat saya , apabila berlakunya masalah perapatan antara bapa akan memberi kesan negatif terhadap anak tersebut. sebagai contoh i kebanyakan bapa banyak menghabiskan masa dengan bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa akan tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memberi kasih sayang..jika ini belaku secara berleluasa, hubungan perapatan diantara bapa dan anak tidak dapat dieratkan lagi..sekian terima kasih

      Delete
  2. Terima kasih juga kepada saudara Azrin dan Danial serta saudari Nasuha atas perkongsian maklumat dan pandangan dari kalian. Moga ada lagi info dan pandangan yang lebih untuk kita sama-sama bahaskan di sini. Terim kasih sekali lagi.

    ReplyDelete