Pada pandangan saya, entri saudara pada kali ini amatlah bagus dibahaskan. Saya berpendapat Mentaliti kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh tahap umur mereka. Ini demikian disebabkan oleh kemahiran berfikir mereka yang secara tidak langsung mempengaruhi kestabilan mental mereka.
Peringkat umur prasekolah merupakan peringkat umur yang mana pemikiran mereka baru sahaja mula berkembang dan perlu bimbingan penuh daripada orang sekeliling mereka terutamanya ibu bapa, guru, dan juga rakan-rakan mereka. Oleh yang demikian, keadaan mentel mereka sangat bergantung kepada keadaan sekeliling mereka. mereka boleh tertekan sekiranya berlaku masalah di sekeliling mereka, dan juga keadaan mental mereka di tahap yang baik sekiranya keadaan sekeliling mereka baik. Sekiranya mereka ada masalah peribadi, mereka boleh berada dalam keadaan yang sangat tertekan disebabkan pemikiran mereka yang belum berkmbang sepenuhnya dan belum dapat menganalisis masalah mereka sendiri.
Pada peringkat umur sekolah rendah pula. Pemikiran mereka sudah berkembang berbanding daripada pemikiran mereka pada tahap prasekolah. mereka bsudah mulai untuk mengerti sesetengah perkara dan dapat menganalisis masalah preribadi mereka. Hal ini membuatkan mentaliti mereka semakin kuat dan dapat bertahan dengan tekanan dan stress yang mereka hadapi.
Pada pendangan saya,kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar.
Di peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama.
kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka.malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut. Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
Saya amat menyukai topik yang kamu utarakan di sini iaitu berkaitan keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Bagi pendapat saya, kanak-kanak hari ini sudah banyak didedahkan dengan dunia media massa yang mana turut memberi kesan negatif terhadap keadaan mental mereka. Terdapat pelbagai jenis hiburan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak ini tonton namun, akibat kecuaian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, kanak-kanak ini telah didedahkan dengan perkara yang tidak senonoh seperti pornografi dan bahasa-bahasa lucah. Faktor-faktor sebegini akhirnya akan menjejaskan perkembangan kognitif mereka kelak. Malahan, jika kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang terlalu autoritarian oleh ibu bapa dan guru-guru mereka, maka hal ini juga akan mengganggu keadaan mental mereka yang mana berasa trauma akibat sering dikenakan hukuman seandainya tersalah dalam melakukan sesuatu perkara seperti gagal dalam peperiksaan. Persoalan mengenai adakah kanak-kanak ini mengalami stres dalam hidup mereka? Ya, saya bersetuju bahawa kanak-kanak juga tidak lari daripada stres dan mengalami tekanan hidup. Berikutan mereka masih kecil dan tidak mampu untuk mengendalikan lagi tekanan yang dihadapi oleh itu, mereka akan membuat pelbagai ragam dan perangai seperti suka mengamuk, susah tidur dan cerewet dalam pemilihan makanan. Justeru, ibu bapa dan guru-guru seharusnya peka terhadap kelibat anak-anak mereka jika mereka ada menunjukkan tanda-tanda stres agar dapat membantu mereka untuk mengendalikan stres mereka itu.
Tanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi. Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan. Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya. Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya , program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat. Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.
Satu perkongsian yang bagus dari saudara Ronaldo. Kanak-kanak dan remaja yang tidak berupaya memenuhi harapan tinggi orang-orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dan gelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).Secara positif:
Secara positif, stres boleh memotivasikan seseorang untuk memperbaiki dirinya sehingga ia dapat menghasilkan kerjanya dengan cemerlang. Contohnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan walau pun peperiksaan itu suatu stres kerana tanpa peperiksaan pelajar tidak akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang memuaskan.
Secara negatif:
Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut. Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri. Apakah gejala stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?
Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda-tanda seperti :
memencilkan diri sikap tidak mempercayai sesiapa tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan panas baran mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:
bimbang tentang masa depan mengadu sakit kepala mengalami masalah tidur hilang selera makan kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah kencing malam
Kepada saudara Azrin,saya pula berpandangan adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka. Ibu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung , merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan. Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.
Kepada Saudara Hafiz, saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan. Ini sekadar pandangan saya mengenai emosi majoriti kanak-kanak di sekeliling saya. teima kasih..
Untuk anda pula saudari Nasuha, terima kasih atas perkongsian anda. Saya juga ingin berkongsi pandangan bersama iaitu Dr Hans. Style mendefinisikan teori stress atau tekanan perasaan sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. ” Stress juga ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Gangguan stress akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang kanak-kanak. Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya stress dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.
Melalui persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress berpunca dari keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh, gangguan itu mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras dengan pendapat dari Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling , Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM , Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negative wujud kerana dipengaruhi unsure rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan menggangu emosi mereka.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak mengalami stress. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif seperti penderaan, penceraian ibu bapa, kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula seperti seorang ibu telah mengandung, kenaikan pangkat dalam kerjaya dan berpindah rumah. Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang kanak-kanak.
Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.
Pada pandangan saya, entri saudara pada kali ini amatlah bagus dibahaskan. Saya berpendapat Mentaliti kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh tahap umur mereka. Ini demikian disebabkan oleh kemahiran berfikir mereka yang secara tidak langsung mempengaruhi kestabilan mental mereka.
ReplyDeletePeringkat umur prasekolah merupakan peringkat umur yang mana pemikiran mereka baru sahaja mula berkembang dan perlu bimbingan penuh daripada orang sekeliling mereka terutamanya ibu bapa, guru, dan juga rakan-rakan mereka. Oleh yang demikian, keadaan mentel mereka sangat bergantung kepada keadaan sekeliling mereka. mereka boleh tertekan sekiranya berlaku masalah di sekeliling mereka, dan juga keadaan mental mereka di tahap yang baik sekiranya keadaan sekeliling mereka baik. Sekiranya mereka ada masalah peribadi, mereka boleh berada dalam keadaan yang sangat tertekan disebabkan pemikiran mereka yang belum berkmbang sepenuhnya dan belum dapat menganalisis masalah mereka sendiri.
Pada peringkat umur sekolah rendah pula. Pemikiran mereka sudah berkembang berbanding daripada pemikiran mereka pada tahap prasekolah. mereka bsudah mulai untuk mengerti sesetengah perkara dan dapat menganalisis masalah preribadi mereka. Hal ini membuatkan mentaliti mereka semakin kuat dan dapat bertahan dengan tekanan dan stress yang mereka hadapi.
Pada pendangan saya,kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar.
DeleteDi peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama.
kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka.malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut.
Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
Saya amat menyukai topik yang kamu utarakan di sini iaitu berkaitan keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Bagi pendapat saya, kanak-kanak hari ini sudah banyak didedahkan dengan dunia media massa yang mana turut memberi kesan negatif terhadap keadaan mental mereka. Terdapat pelbagai jenis hiburan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak ini tonton namun, akibat kecuaian daripada pelbagai pihak terutamanya ibu bapa, kanak-kanak ini telah didedahkan dengan perkara yang tidak senonoh seperti pornografi dan bahasa-bahasa lucah. Faktor-faktor sebegini akhirnya akan menjejaskan perkembangan kognitif mereka kelak. Malahan, jika kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang terlalu autoritarian oleh ibu bapa dan guru-guru mereka, maka hal ini juga akan mengganggu keadaan mental mereka yang mana berasa trauma akibat sering dikenakan hukuman seandainya tersalah dalam melakukan sesuatu perkara seperti gagal dalam peperiksaan. Persoalan mengenai adakah kanak-kanak ini mengalami stres dalam hidup mereka? Ya, saya bersetuju bahawa kanak-kanak juga tidak lari daripada stres dan mengalami tekanan hidup. Berikutan mereka masih kecil dan tidak mampu untuk mengendalikan lagi tekanan yang dihadapi oleh itu, mereka akan membuat pelbagai ragam dan perangai seperti suka mengamuk, susah tidur dan cerewet dalam pemilihan makanan. Justeru, ibu bapa dan guru-guru seharusnya peka terhadap kelibat anak-anak mereka jika mereka ada menunjukkan tanda-tanda stres agar dapat membantu mereka untuk mengendalikan stres mereka itu.
DeleteTanda -tanda yang ditunjukkan oleh kanak -kanak berbeza -beza mengikut usia masing -masing. Seorang kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kurang selera makan , loya tekak dan muntah -muntah , sakit perut , sakit kepala , pucat dan tidak aktif. Ada juga yang menjaditidak bermaya , lelah , sukar tidur malam , kencing malam , menggigit -gigit kuku , menarik -narik rambut dan sebaginya.
DeleteKanak -kanak yang mengalami tekanan emosi mungkin kelihatan lebih kurus akibat hilang selera makan. Doktor yang merawat kanak -kanak yang mempamerkan tanda -tanda seperti yang disebutkan di atas perlu melakukan pemeriksaan yang teliti supaya sebarang penyakit , jika wujud dapat dirawat segera. jika doktor yakin tidak ada unsur penyakit berbahaya yang terlibat , keadaan psikososial si anak pula perlu dinilai dengan terperinci. Kemungkinan besar , dia menghadapi tekanan emosi. Tegasnya , pertimbangan harus diberikan terlebih dahulu kepada kemungkinan tanda -tanda tersebut disebabkan oleh sejenis penyakit fizikal sebelum ia dihubungkaitkan aspek tekanan emosi.
Faktor -faktor psikososial merangkumi aspek kekeluargaan , suasanan di rumah dan di sekolah , aspek pergaulan dan sebagainya. Doktor juga perlu mempertimbangkan ciri -ciri kelemahan si anak dan mencari punca - punca kelemahan itu. Ambil contoh kanak -kanak yang telah mencapai usia enam tahun tetapi masih tidak boleh bercakap dengan fasih dan mempamerkan prestasi intelek yang kurang memuasakan.
Ini mungkin kerana dia berasa kurang selesa di tadika atau disekolah nya. Guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan ditadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.
Program pembelajaran yang lebih sesuai boleh diaturkan untuknya. Umpamanya , program yang menekan aspek -aspek membina keyakinan diri dan pergaulan sosial supaya dia dapat berhubung dengan kanak -kanak lain secara lebih cepat.
Adakalanya , kanak -kanak menghadapi masalah pembelajaran yang khusus ( learning disability ) yang menyebabkan dia tidak dapat maju dalam pelajaran seperti kanak -kanak lain. Keadaan ini perlu di kenal pasti supaya langkah -langkah intervensi dapat diatur khusus untuknya bagi membolehkan dia menggunakan ciri -ciri kekuatan yang lain untuk mengatasi kebuntuan yang dihadapinya itu.
Satu perkongsian yang bagus dari saudara Ronaldo. Kanak-kanak dan remaja yang tidak berupaya memenuhi harapan tinggi orang-orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dan gelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah).Secara positif:
DeleteSecara positif, stres boleh memotivasikan seseorang untuk memperbaiki dirinya sehingga ia dapat menghasilkan kerjanya dengan cemerlang. Contohnya pelajar perlu menghadapi peperiksaan walau pun peperiksaan itu suatu stres kerana tanpa peperiksaan pelajar tidak akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang memuaskan.
Secara negatif:
Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif.
Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.
Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri.
Apakah gejala stres di kalangan kanak-kanak dan remaja?
Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda-tanda seperti :
memencilkan diri
sikap tidak mempercayai sesiapa
tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan
bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan
panas baran
mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan
Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:
bimbang tentang masa depan
mengadu sakit kepala
mengalami masalah tidur
hilang selera makan
kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah
kencing malam
Kepada saudara Azrin,saya pula berpandangan adakalanya , kanak -kanak diasuh dan dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak dibekalkan dengan bahan -bahan bacaan dan peralatan menulis yang cukup. Ada sesetengahnya pula tidak dibiasakan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain secara terbuka. Akibatnya , mereka berasa kurang yakin dengan diri sendiri. Akibat kurangnya pergaulan , kemahiran sosial mereka terbantut. Apabila mereka dimasukkan ke tadika atau sekolah , mereka mengalami ketegangan jiwa. Mereka berasa kurang yakin pada diri sendiri serta tidak banyak bercakap. Malahan , perasaan takut mungkin bersarang dalam jiwa mereka, terutama apabila berhadapan dengan guru. Oleh itu , para pengasuh tadika atau guru patut memain peranan yang lebih positif untuk membantu kanak -kanak ini agar mereka berasa lebih selesa dalam suasana baru dan seterusnya dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka.
ReplyDeleteIbu bapa yang rapat serta peka terhadap keperluan anak -anak pasti dapat merasai perubahan pada anak yang mengalami tekanan emosi , terutamanya dari segi tingkah laku dan cara percakapan. Kanak -kanak yang mengalami tekanan emosi lebih suka berseorangan , termenung , merayau -rayau dan berkelakuan tidak menentu. Mereka sering kelihatan tidak bermaya , kurang menunjukkan minat dan tidak mempamerkan wajah gembira dan mesra seperti biasa. Mereka mungkin menjadi lebih pemarah ,lebih resah , kurang sabar , tidak suka ditegur dan menunjukkan berbagai -bagai corak tingkah lakuyang tidak menyenangkan.
Kanak -kanak yang akan menduduki peperiksaan , sedang menunggu keputusan peperiksaan atau yang mengalami krisis pergaulan dengan rakan sebaya berkemungkinan akan mengalami tekanan emosi. Anak -anak yang sedang melalui zaman remaja sering mengalami konflik perasaan dan mudah berasa tersinggung. Ibu bapa sewajarnyalah memberikan sokongan moral yang kuat dan galakan sepenuhnya kepada anak -anak mereka yang menghadapi krisis dan cabaran -cabaran hidup. Semakin mereka membesar , semakin berat tanggungjawab yang mereka pikul. Ketenangan dan keyakinan diri perlu dipupuk dalam diri si anak. Latihan -latihan yang bertujuan mengatasi tekanan emosi perlu didedahkan kepada mereka untuk dimanfaatkan.
Kepada Saudara Hafiz, saya ingin berkongsi sedikit pandangan saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan.
ReplyDeleteIni sekadar pandangan saya mengenai emosi majoriti kanak-kanak di sekeliling saya. teima kasih..
Untuk anda pula saudari Nasuha, terima kasih atas perkongsian anda. Saya juga ingin berkongsi pandangan bersama iaitu Dr Hans. Style mendefinisikan teori stress atau tekanan perasaan sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. ”
ReplyDeleteStress juga ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Gangguan stress akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang kanak-kanak. Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya stress dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.
Melalui persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress berpunca dari keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh, gangguan itu mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras dengan pendapat dari Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling , Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM , Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negative wujud kerana dipengaruhi unsure rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan menggangu emosi mereka.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak mengalami stress. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif seperti penderaan, penceraian ibu bapa, kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula seperti seorang ibu telah mengandung, kenaikan pangkat dalam kerjaya dan berpindah rumah. Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang kanak-kanak.
Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.
Sungguh menarik isu ini apabila dikupas oleh pandangan dan maklumat yang diberikan anda semua. Terima kasih atas perbahasan anda di forum ini.
Delete