Perkembangan sosioemosi kanak- kanak ialah keupayaan kanak- kanak untuk berinteraksi mengikut norma masyarakat. Kanak- kanak banyak menghabiskan masa bersama di sekolah daripada di rumah. Semestinya rakan sebaya banyak mempengaruhi kanak- kanak. Peranan rakan sebaya dalam mepengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah sebagai panduan dalam menilai diri dari segi tingkah laku, kemahiran serta kebolehan.Mempunyai bilangan rakan yang ramai dapat mengajar erti berdikari serta kanak- kanak akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang baru. Rakan sebaya bermaksud rakan yang mempunyai sama umur, kelas serta pendidikan. Rakan-rakan juga turut mepengaruhi pencapaian akademik seorang kanak- kanak. Pepatah Arab pernah menyebut 'Jika anda berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk'. Peningkatan akademik seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakannya kerana kanak- kanak itu menghabiskan kebanyakan masa di sekolah. Selain itu, proses pembentukan akhlak kanak- kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebaya. Jika seseorang itu bergaul dengan rakan-rakan yang mementingkan ilmu, kanak- kanak itu nescaya akan berjaya dalam pelajarannya.
Saya bersetuju dengan saudari Nadya. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan rakan sebaya merupakan pengaruh yang amat besar terhadap perkembanagan kanak-kanak. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya mampu mempengaruhi perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial dalam diri seseorang kanak-kanak. Sebagai contoh,perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh sikap dan tindakan yang dilakukan oleh rakan sebaya dalam setiap pergaulan. Apabila mereka berkawan dengan orang yang baik maka secara tidak langsung akan mendorong mereka ke arah pembentukan sahsiah yang lebih baik. Ini sahaja serba sedikit ulasan dari saya mengenai peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Salam sejahtera, saya pula berpendapat peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan socioemosi kanak-kanak ialah,pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.
Salam sejahtera saudar, izinkan saya untuk mengutarakan pendapat saya mengenai sosialisasi mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat. Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Disamping itu, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Contohnya kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka
Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini. Saya juga amat bersetuju dengan pendapat kamu bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam membentuk konsep kendiri kanak-kanak. Jika kanak-kanak itu berkawan dengan kawan yang rajin dan bercakap sopan, maka kanak-kanak itu juga akan bersikap ringan tulang dan berbudi bahasa dalam pertuturan mereka. Hal ini juga amat bersesuaian dengan teori pembelajaran oleh Albert Bandura. Menurut Bandura, kanak-kanak belajar untuk membentuk tingkah laku mereka melalui pemerhatian dan peniruan dengan orang-orang yang berada di sekeliling mereka itu. Justeru, ibu bapa dan guru-guru haruslah mengawasi dengan siapa kanak-kanak ini bergaul di sekolah dan kawasan perumahan mereka agar perkembangan sosioemosi dan kendiri mereka berkembang ke arah yang positif. Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang bermaksud, bersahabatlah kamu dengan penjual minyak wangi, agar kamu juga akan mendapat sebahagian harumannya, dan janganlah kamu bersahabat dengan tukang besi agar kamu terselamat daripada kekotoran dan bau asap-asap. Sudah terang lagikan bersuluh di sini, bahawasanya pemilihan rakan sebaya untuk dijadikan teman sepermainan perlulah dititik beratkan dalam kehidupan seharian khususnya terhadap kanak-kanak yang masih tidak dapat lagi membezakan baik dan buruk agar perkembangan sosioemosi mereka sejahtera sehinggalah ke dewasa kelak.
Terima kasih atas pandangan anda saudara Azrin. Ini pula pandangan saya untuk pendapat dari anda, sewaktu di bangku sekolah rendah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai “pengaruh rakan sebaya”. Kata cikgu, inilah penyebab seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Mungkin kita tertanya sebab seseorang cikgu mengatakan sekedemikian. Hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya.Namun apabila umur kita semakin meningkat dewasa, kita tidak lagi memikirkan hal ini. Kita hanya berkawan dengan sesiapa yang kita rasa selesa dan seronok untuk berkawan sahaja . Jadi cara kita menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita adalah bergantung kepada apa perasaan kita terhadap orang itu.Namun, perasaan seperti ini kekadang boleh memesongkan kita. Kita mungkin tidak suka berkawan dengan orang yang lebih bodoh daripada kita atau lebih lembab daripada kita. Dengan rakan-rakan seperti ini, anda akan merasa diri anda sama dengan mereka. Kenyataan ini selari dengan kajian dijalankan oleh Kennedy (1995), pengalaman belajar bersama-sama pelajar pintar akan menjadikan seseorang itu lebih menerima kehadiran pelajar tesebut. Maksudnya disini, kita lebih selesa bergaul dengan rakan yang pandai berbanding yang kurang pandai. Pepatah Arab juga pernah menyebut iaitu “Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk”.
Bagus sekali kupasan dari saudara Ronaldo. Betul apa yang diperkatakan, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Kajian Quek Miow Leng, (2006) tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakal Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.
Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.
Kepada saudari Nasuha. Terima kasih atas pandangan anda kedalam forum ini, Salam sejahtera.Pada pandangan saya, keadaan kesihatan mental kanak-kanak Pra-Sekolah dan sekolah rendah di Malaysia kemungkinan besar mereka berhadapan dengan stress. Hal ini kerana ibubapa pada masa kini, kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka. Kebanyakan ibubapa pada masa kini merupakan ibubapa yang bekerjaya dan mereka kurang memberikan perhatian kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menumpukan untuk menyediakan keperluan -keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan yang sihat ,tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanal-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan mereka .Tetapi mereka kurang sedar bahawa perhatian, masa dan kasih sayang adalah penting dalam membesarkan anak-anak juga. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan bagi menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna ,menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru. Dalam pergaulan sehari-harian mereka juga lebih terarah ke arah yang lebih positif.
Kepada saudara Danial Hafiz, terima kasih atas pandangan yang telah anda berikan. Diharap kalian semua boleh memebrikan pandangan lagi terhadap forum saya. Sama-sama kita berkongsi maklumat dan pandangan.
Perkembangan sosioemosi kanak- kanak ialah keupayaan kanak- kanak untuk berinteraksi mengikut norma masyarakat. Kanak- kanak banyak menghabiskan masa bersama di sekolah daripada di rumah. Semestinya rakan sebaya banyak mempengaruhi kanak- kanak.
ReplyDeletePeranan rakan sebaya dalam mepengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah sebagai panduan dalam menilai diri dari segi tingkah laku, kemahiran serta kebolehan.Mempunyai bilangan rakan yang ramai dapat mengajar erti berdikari serta kanak- kanak akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang baru.
Rakan sebaya bermaksud rakan yang mempunyai sama umur, kelas serta pendidikan. Rakan-rakan juga turut mepengaruhi pencapaian akademik seorang kanak- kanak. Pepatah Arab pernah menyebut 'Jika anda berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk'. Peningkatan akademik seseorang kanak-kanak juga dipengaruhi oleh rakannya kerana kanak- kanak itu menghabiskan kebanyakan masa di sekolah.
Selain itu, proses pembentukan akhlak kanak- kanak juga dipengaruhi oleh rakan sebaya. Jika seseorang itu bergaul dengan rakan-rakan yang mementingkan ilmu, kanak- kanak itu nescaya akan berjaya dalam pelajarannya.
Saya bersetuju dengan saudari Nadya. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan rakan sebaya merupakan pengaruh yang amat besar terhadap perkembanagan kanak-kanak. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya mampu mempengaruhi perkembangan intelek,sahsiah,emosi dan sosial dalam diri seseorang kanak-kanak. Sebagai contoh,perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh sikap dan tindakan yang dilakukan oleh rakan sebaya dalam setiap pergaulan. Apabila mereka berkawan dengan orang yang baik maka secara tidak langsung akan mendorong mereka ke arah pembentukan sahsiah yang lebih baik. Ini sahaja serba sedikit ulasan dari saya mengenai peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSalam sejahtera, saya pula berpendapat peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan socioemosi kanak-kanak ialah,pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.
DeleteSalam sejahtera saudar, izinkan saya untuk mengutarakan pendapat saya mengenai sosialisasi mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat. Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Disamping itu, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Contohnya kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka
DeleteTerima kasih di atas perkongsian maklumat ini. Saya juga amat bersetuju dengan pendapat kamu bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam membentuk konsep kendiri kanak-kanak. Jika kanak-kanak itu berkawan dengan kawan yang rajin dan bercakap sopan, maka kanak-kanak itu juga akan bersikap ringan tulang dan berbudi bahasa dalam pertuturan mereka. Hal ini juga amat bersesuaian dengan teori pembelajaran oleh Albert Bandura. Menurut Bandura, kanak-kanak belajar untuk membentuk tingkah laku mereka melalui pemerhatian dan peniruan dengan orang-orang yang berada di sekeliling mereka itu. Justeru, ibu bapa dan guru-guru haruslah mengawasi dengan siapa kanak-kanak ini bergaul di sekolah dan kawasan perumahan mereka agar perkembangan sosioemosi dan kendiri mereka berkembang ke arah yang positif. Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang bermaksud, bersahabatlah kamu dengan penjual minyak wangi, agar kamu juga akan mendapat sebahagian harumannya, dan janganlah kamu bersahabat dengan tukang besi agar kamu terselamat daripada kekotoran dan bau asap-asap. Sudah terang lagikan bersuluh di sini, bahawasanya pemilihan rakan sebaya untuk dijadikan teman sepermainan perlulah dititik beratkan dalam kehidupan seharian khususnya terhadap kanak-kanak yang masih tidak dapat lagi membezakan baik dan buruk agar perkembangan sosioemosi mereka sejahtera sehinggalah ke dewasa kelak.
DeleteTerima kasih atas pandangan anda saudara Azrin. Ini pula pandangan saya untuk pendapat dari anda, sewaktu di bangku sekolah rendah, cikgu sering mengingatkan kita mengenai “pengaruh rakan sebaya”. Kata cikgu, inilah penyebab seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Mungkin kita tertanya sebab seseorang cikgu mengatakan sekedemikian. Hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya.Namun apabila umur kita semakin meningkat dewasa, kita tidak lagi memikirkan hal ini. Kita hanya berkawan dengan sesiapa yang kita rasa selesa dan seronok untuk berkawan sahaja . Jadi cara kita menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita adalah bergantung kepada apa perasaan kita terhadap orang itu.Namun, perasaan seperti ini kekadang boleh memesongkan kita. Kita mungkin tidak suka berkawan dengan orang yang lebih bodoh daripada kita atau lebih lembab daripada kita. Dengan rakan-rakan seperti ini, anda akan merasa diri anda sama dengan mereka. Kenyataan ini selari dengan kajian dijalankan oleh Kennedy (1995), pengalaman belajar bersama-sama pelajar pintar akan menjadikan seseorang itu lebih menerima kehadiran pelajar tesebut. Maksudnya disini, kita lebih selesa bergaul dengan rakan yang pandai berbanding yang kurang pandai. Pepatah Arab juga pernah menyebut iaitu “Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk”.
ReplyDeleteBagus sekali kupasan dari saudara Ronaldo. Betul apa yang diperkatakan, Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka.Untuk remaja , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
ReplyDeleteKajian Quek Miow Leng, (2006) tentang kumpulan sebaya banyak membawa kesan terhadap pencapaian dan aspirasi pelajar jika dibandingkan dengan latar belakang atau komposisi sekolah. Manakal Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.
Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Ini adalah kerana rakan sebaya mempunyai sub-budaya yang tersendiri. Sehubungan dengan itu, pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka.
Kepada saudari Nasuha. Terima kasih atas pandangan anda kedalam forum ini, Salam sejahtera.Pada pandangan saya, keadaan kesihatan mental kanak-kanak Pra-Sekolah dan sekolah rendah di Malaysia kemungkinan besar mereka berhadapan dengan stress. Hal ini kerana ibubapa pada masa kini, kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka. Kebanyakan ibubapa pada masa kini merupakan ibubapa yang bekerjaya dan mereka kurang memberikan perhatian kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menumpukan untuk menyediakan keperluan -keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan yang sihat ,tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanal-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan mereka .Tetapi mereka kurang sedar bahawa perhatian, masa dan kasih sayang adalah penting dalam membesarkan anak-anak juga. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan bagi menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna ,menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru. Dalam pergaulan sehari-harian mereka juga lebih terarah ke arah yang lebih positif.
ReplyDeleteKepada saudara Danial Hafiz, terima kasih atas pandangan yang telah anda berikan. Diharap kalian semua boleh memebrikan pandangan lagi terhadap forum saya. Sama-sama kita berkongsi maklumat dan pandangan.
ReplyDelete